Wednesday, December 2, 2009

:)



"kak adk rindu kak bay kak adk nak tidor."

adik saya text saya semalam. sumpah rindu adik jugak. ok. the word 'bay' actually is 'bye'. al maklumlah budak baru belajar nak menaip gune handphone. macam tu la. cewahh! alasan. tak kisah la ejaan dia tu. ok tipu. agak kisah. dah besar panjang pun tak reti-reti nak mengeja. aduhhh~ T_____T terharu wehhh! ohh adik. i miss you too :(




oh, ppl! one more! one more! one more! weheeeeeeeeeee~

my umi is officially on facebook~!! wuhuuuuuuuuuuu!~



p/s: post about korban di egypt. next tyme maybe. :)

Monday, November 30, 2009

lambat.


happy birthday siti salwanie.
im gona miss you :(


p/s: takpe la lambat post pun kan? 27 nov tarikh keramat tu :)

Wednesday, November 25, 2009

sengal.



tu budak baju pink tu dah tua.

happy 19th budak!
harini hari tua dia.
Selamat Hari Lahir Syafik.

mesti nak belanja saya kan?
terbaik ar fik.
thankssssssss :)

Wednesday, November 18, 2009

short note.

my sister


All the best to Siti Nur Adlina Khalid! Spm is what you've been waiting for all this while so make every second of it worth every effort you've spent. goodlucks darl! :)

i'll always pray for you. insyaAllah :)

ingat ALLAH S.W.T, ingat ummi , ingat walid.
insyAllah, semua ok :)

Tuesday, November 17, 2009

banned

" miya. nak webcam"

" miya. nak webcam"

" miya. nak webcam"

" miya. nak webcam"

" miya. nak webcam"

" miya. nak webcam"


"err. ******, perlu ea taip banyak kali?"

"perlu. sebab takut nanti you buat-buat tak nampak :)"


oh comel tak? haha. ok. saya cuma nak cakap saya kena banned lagi! again okeh?
ni pun guna laptop kawan. nak tukar kepada dsl. boleh?

Saturday, November 14, 2009

huddle.

hari-hari tidur jam 11 bangun jam lima7. heh. sejuk sangat sampai tak larat nak bangun. argh. alasan. lebih kepada malas nak keluar dari bungkusan selimut tebal yang nyaman.

macampelbagai benda dah terjadi dalam minggu ni. the past and the present. ada suka ada duka. tapi inilah hidup. tak semestinya semua gembira. duka itu pelengkap hidup kan? saya tak suka duka tapi. biar lah. kecewa sedih apa pun. ini lah hidup kan. tapi semua orang bilang setiap perkara yang terjadi mematangkan kita lagi. betul ke? kenapa saya rasa saya makin lemah? kenapa saya rasa saya tak matang? monolog diri yang tak berkesudahan.

1. saya dapat parcel. yeayyy. umi kirimkan dari malaysia. happy excited sangat okeh? tak dapat semua yang saya nak tapi takpelah. at least ada jugak barang-barang keperluan yang tertinggal tu. taknak lah menyusahkan umi kan. pos mahal kot. lagi-lagi nak pos ke egypt yang sengal ni. ohh. tanak cakap banyak sal egypt. bikin hati panas. sumpah tak suke egypt. tak faham kenapa mereka sangat tak bertamadun. urgh. contoh. algeria ke egypt. mereka disambut bagaimana? bunga-bunga an kah? karpet merahkah? oh. tak usah berangan la egypt akan buat semua tu. algeria di sambut dengan batu bata. membuktikan betapa kejam dan tak bertamadun nya egypt walhal kunjungan mereka ke algeria disambut elok. ok. hati memang baran. stop tentang egypt.


2. maaf. rasanya saya tak boleh nak stop lagi tentang egypt. skang ni pasal laptop pulak. laptop saya kerap kali di banned ok? online kejap je terus kena banned. sakit mata sakit hati semua sakit la. tetiba je screen merah menyala. huihhh. walaweyy. apa hal ngan egypt ni? kat Malaysia tade pun kena banned ni. sioooot je. haih. nak cakap saya tak bayar, saya bayar. bayar okeh? tapi internet tak boleh guna. sape tak bengang? tang ni bukan saya sorang je yang bengang. urgh. ok. kali ni betul-betul stop tentang egypt. dah nak meletup nih.


3. apa maksud kawan? apa perasaan korang bile kawan yang kite percaya tapi....sambung sedirik. hot berapi bile teringat manusia yang pernah di panggil kawan tempat kite bergossip sama-sama tapi sebenarnya makan kawan. apa perasaan? bagitau cket. cket je saya tak nak banyak-banyak. hangin kan? hermppphhh. tak kisah la. yang pasti, saya takkan kongsi apa-apa lagi dengan awak wahai sahabat! terima kasih kerana sudi pernah menjadi sahabat awak. moga awak bahagia dengan kekasih hati dan kawan awak itu. saya chill sudah.

4. Kali pertama menyambut hari raya di perantauan. cewahhh. gedik! hari raya korban je kot. hehehe. tapi saya sangat excited. kenapa? kerana di sini, mereka lebih mengutamakan hari raya korban berbanding hari raya puasa. kami diberi cuti selama 10 hari. wuuhuuuu. happy wey! nanti saya akan postkan satu entry tentang raya korban di sini. insyaAllah. (the only best part bout egypt la kot. haih =_=')

5. gahhhhhhh! khamis ni saya ada test. test physiology. mak datuk nenek bapak ibu semua segala keturunan , saya masih belum sedar. saya masih lagi alpa. doa2kan saya ya? saya nak lulus. saya nak markah cun. so, saya kena study kan? ok. study2.

sesiapa yang dah habes exam tu, TAHNIAH korang! sesiapa yang sedang exam, GOODLUCKS korang.
and kepada budak asasi law, result dah dapatkan? sesiapa yang tak dapat sambung law, harap bersabar. tade rezeki la tu kan? dont worry, mungkin korang sesuai untuk bidang lain. siapa tahu kan? all the best.

Saturday, November 7, 2009

rindu.



setiap hari Jumaat kami mesti WAJIB lunch sama-sama. pakai baju warna sama. Sya habes kelas jam 10 tapi sanggup tunggu kat cafe D tak balik bilik sebab kalau balik dah confirm tak turun. bilik kami d C4 1 8 ohh sangat la 'DEKAT'. mendaki setiap hari tapi lemak tak jugak turun. makin bertambah lemak ada la. pelik kan? kembali pada tajuk. jam 11 pulak Sya akan ditemani Eny tunggu saya dan Liya. kami berdua punya kelas habes tepat jam 12. ohh,jumpa je kami! havoc tak terkate. macam dah lama tak jumpa. padahal baru je beberapa jam lepas berpisah. cafe A biasenya jadi sasaran kami. semua akan pandang buat muka kat kami. kenapa? jeles kami HOT? har har har. joke! kami memang havoc. pardon us. nak buat macam mana, bilik lain tak macam kami. kami sentiasa bersama. time tu haaaaaaaaaa. habes la semua orang kami comments. pantang tengok orang pakai baju pelik je, dia kami aim jadi tajuk perbualan. couple-couple yang makan sama dengan kami jangan harap la boleh makan dengan tenang. mereka kami jadikan bahan gelak ketawa. boys yang bajet macho kami jadikan sasaran buat gedik. pandang mereka sampai mereka tak tenang nak makan. bontot dah panas duduk atas kerusi tak tahan nak lari dek panahan mata kami tapi memikirkan nasi yang belom habis ,mereka terpaksa telan jugak dengan gaya control macho tu. duhh .padan muka! jangan bajet sangat okeh? ingat korang tu kami dak pempuan ni nak sangat ke? please la. type2 macam korang tu, SO NOT OUR TYPE. maaf ya boys, ni pendapat kami satu bilik. lain orang lain pandangan. ampun di pinta! kami memang NAKAL. tapi kami tetap kami. ohhh. rindu!! :(

setiap hari setiap saat (exception pada waktu ke kelas ke kuliah dan ke tutorial) kami sentiasa bersama. bergossip,makan-makan,cuci baju,mandi(shower asing-asing ok?),sidai baju,lipat baju dan belajar. YES. BELAJAR! saya bertuah dapat mereka sebagai roomates. mereka gile study. mak aihhh. time bergossip buku tetap di tangan. tapi kalau dah namanya bergossip, buku tu takde la nak fokus sangat kan? sekadar jeling sedapkan hati. kononnya bercakap di meja study masing-masing tapi akhirnya end up berkumpul di tengah buat satu bulatan gara-gara bergossip! hahah. girls okeh? memang tak lari dari bergossip. eleh, bajet boys tak bergossip la? ceh. ohh. rindu!! :(

Liya,minah ni terer gile wa cakap lu. bagi la apa-apa subjek pun. semua khatam A1 okeh? dia lah master dalam bilik kami. papehal rujuk dia la. Eny n Sya pulak, minah hafal. semua benda dorang hafal. saya? haihh. saya la paling lemah dalam bilik tu. saya tak pandai pape pun. tade kelebihan. rase diri ni kerdil lemah sangat lam bab study ni bile nak banding ngan mereka. oh tapi saya ada satu kelebihan(riak jap ek?), saya quite ok bab2 komputer. so bile ada sains informatik je, mereka akan rujuk saya. HAR HAR HAR. tu je le kelebihan saya. sains informatik! aduhh. teruk kan saya? tapi takpe. sains informatik subjek feveret kat matriks weh! bile ade assignment je, saya la tempat rujukan mereka. wahaha. bangga! :P . padahal tade pape sangat pun. ok. abaikan. time nak exam, fuhhhhhh! bilik kami jadi bilik paling bising. bilik-bilik lain semua sunyi sepi konon senyap study la kan. study ke studo? hehe. sorry. kami bising pun study okeh? kami study sama-sama. masing-masing ada part masing-masing. time nak berdiskusi tu la yang bising sangat. macam-macam gaya. macam-macam presentation. presentation la sangat. =_=" but the best part bile masing-masing reka cara senang nak ingat formula or isi-isi penting. ada buat lagu la,akronim la. ohhh. rindu!! :(


perhatikan sendiri betapa dekatnyajauhnya blok kami ke bilik tutoran dan kuliah.


bilik mana yang tade time diskusi blok? bilik kami la. muka kami ni jangan harap la nak pergi tadah telinga dengar ketua blok membebel-bebel. selagi tade orang datang ketuk bilik panggil kami pergi, kat bilik la kami. hihi. haa! setiap hari sabtu, bilik tV kami yang conquer. maklum lah, kami ber4 ni naik hantu cket bab cite hindustan. jam 12 wajib terpacak dalam bilik tv. tempat depan tu harap maaf lah. kami memang dah reserved awal-awal. hehe. nakal tak kami? sangat kan? tahu ada orang meluat tapi nak buat macam mana,korang lambat, so terima la hakikat ok? kami gelak-gelak makan jajan buat macam tade orang je. slumber badak sumbu je. hahah. ohh. rindu!! :(


arghh. dah penat nak listkan aktiviti kami bersama. yang pasti tempoh satu sem saya bersama korang amat menggembirakan. saya amat sedih bile saya terpaksa berpisah dengan korang. amat sedih. bile saya tengok gambar-gambar kite, saya mesti gelak sesorang. ingat lagi time kite menggila depan webcam? haha. sumpah saya rindu korang semua. semua gambar tu masih saya simpan.
walaupun saya kat Egypt, kite tetap 'the best-est roomates' kan? korang semua sibuk dengan life di universiti masing-masing(ceh,bajet saya tak masuk uni la.haha) , saya harap kenangan kite bersama korang takkan lupe. :)

Falia Shazana Manja binti Farid.
Noraini binti Hassan.
Nur Syahirah binti Zainal.




saya rindu korang semua! rindu nak dengar korang panggil saya miya. rindu nak dengar korang bebel saya suruh makan. rindu korang kacau saya dengan bau wangibusuk nescafee or coffee. rindu korang paksa saya makan sayur. rindu korang suruh saya berpakaian macam ladies.tk cukup keperempuanan ke saya ni? heran. :P

saya RINDU semua!!!